Mula melibatkan diri di dalam bidang fotografi seawal umur 15 tahun ternyata memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar model tudung. Bakat dalam bidang peragaan dimanfaat sepenuhnya apabila dilantik duta tudung Fareeda oleh ibunya sendiri.
"Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang.Menurut Mawar lagi, dia terpaksa memikirkan dan menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan jualan tudung Fareeda agar lebih dikenali.
Pada mulanya ibu memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara mara.
Saya masih ingat, saya jadi model tudung ibu sendiri kerana kawan saya dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.
Saya terpaksa jadi model dan Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera."
"Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu.Kisah kejayaan usahawan melayu seperti Mawar ini wajar untuk dikongsikan agar menjadi sumber inspirasi kepada orang lain agar berjaya di dalam perniagaan yang diceburi.
Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam.
Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam."
0 Response to "Kisah Menyayat Hati Mawar Fareeda Sebelum Kahwini Fizo Omar"
Post a Comment