"Saya hidup sebatang kara tiada Imam" - Felixia Yap

Rasanya lama kita tidak mendengar apa-apa cerita pasal Felixia Yap selepas gosip mengatakan yang beliau memeluk agama Islam tahun lalu.

Selepas memeluk agama Islam, keluar pula gosip mengatakan beliau sudah bernikah. Dengan siapa pulak tu?

felixia yap

"Saya hidup sebatang kara tiada Imam"

Nampaknya, Felixia betul bosan dengan gosip murahan seperti ini. Menurutnya, dia masih solo dan tidak mencintai atau keluar dengan sesiapa sekarang ini.

Menurut Felixia lagi, mungkin dia terpaksa ulang hari-hari kenyataan ini agar semua orang tahu yang beliau masih bujang dan menanti orang yang sesuai untuk dijadikan suami.

Sekarang, ini adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ada sesiapa yang mahu menjadi Imam Felixia?

1 Response to ""Saya hidup sebatang kara tiada Imam" - Felixia Yap"

  1. Saya doakan semoga Alĺah temukan Imam Felixia yang layak mengimami Felixia.ke syurga. Amin

    ReplyDelete