Panas!!! Emma Maembong akui Tidak Lagi Cintakan Zizan?

Berhubung dengan gosip Zizan bersama pegawai di Stesen Astro baru-baru ini, Mstar Online melaporkan yang Emma Maembong tidak lagi cintakan Zizan.


Sebelum itu, Emma juga memberi kenyataan balas berhubung ketidakhadirannya ke Majlis Tayangan Perdana Warewolf dari Bangladesh malam Khamis lalu.

Menurut Emma, beliau diberitahu lambat tentang tayangan perdana tersebut. Selain itu, beliau juga sibuk dengan shooting di Langkawi.

Tentang isu Emma melarikan diri dari media akibat gosip Zizan, ini jawapan Emma:

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Bertanya kenapa memilih untuk berdiam diri, Emma akui yang dia mahu masa sahaja yang menentukannya.

0 Response to "Panas!!! Emma Maembong akui Tidak Lagi Cintakan Zizan? "

Post a Comment