Nampaknya, belum ada penamat cerita penceraian antara Aidil dan Rita Rudaini. Sekitar tahun lalu Rita Rudaini memfailkan tuntutan Mutaah sebanyak RM300K kepada bekas suaminya Aidil Zafuan.
Namun semalam, Aidil memaklumkan beliau tidak mampu membayar tuntutan sebanyak itu.
Ini adalah sebab yang digariskan oleh Aidil:-
1. Rita Tidak Menerima Ibu Bapa Aidil
Menurut Aidil, sepanjang perkahwinan mereka, Rita tidak pernah mengikutnya ke rumah ibu bapanya.
2. Ibu bapa Aidil Perlu ke Damansara untuk melawat Cucu
Rita juga mengenakan syarat kepada ibu bapanya sekiranya ingin berjumpa dengan cucu-cucunya.
3. Rita Gagal Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Ibu
Menurut Aidil juga, kebanyakkan tugas rumah seperti memasak diuruskan oleh pembantu rumah.
4. Hebah Hal Rumahtangga Di dalam Media
Rita juga sering mendesaknya menggunakan media sosial di samping menghebahkan hal rumahtangga.
5. Aidil Yang menanggung Nafkah anak-anak
Aidil juga memaklumkan menguruskan akaun anak-anaknya termasuk akaun simpanan serta insuran.
Rasanya Aidil mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak tuntutan ini.
Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar, kita harapkan anak-anak ini tidak terkesan dengan tindakan ibu bapa yang kerap naik turun mahkamah.
Semoga mereka dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.
Home » aidilzafuan »
berita »
foto »
ritarudaini
» 5 Sebab Rita Rudaini Tidak Layak Terima Tuntutan Mutaah RM300K
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "5 Sebab Rita Rudaini Tidak Layak Terima Tuntutan Mutaah RM300K"
Post a Comment