Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Arjuna Beta' ini nyata tidak mudah melatah dan tidak memberikan apa-apa respons untuk kome Damien itu.
Menurut sumber, Fynn Jamal akan berangkat untuk menunaikan umrah. Apa yang menyentuh hati kami adalah kapsyen yang dikongiskan oleh Fynn. Sama ada anda mempunyai perasaan atau tidak, terpulang kepada anda.
“minta halal semua salah dan silap. andai ada hutang piutang yang
tidak kami sedar, lekas2lah diingatkan kepada kami. insyaAllah dalam
beberapa jam ini, sempat lagi kami langsaikan.
segala salah silap ke atas kami, telah kami lepaskan. kalau2 ada di
bahagian kami yang masih belum sudi dimaafkan, di bila2 masa satu hari
nanti, redhakanlah agar semua kita aman bila dicabut nyawa nanti.
cita2 dunia saya adalah disolatjenazahkan di kaabah. kalaulah
diizinkan yang kuasa, ketahuilah saya cukup bahagia dengan kesempatan
nyawa yang dibagi, dan betapa saya berterimakasih kepada setiap kalian–
yang buruk dan yang baik– kerana tidak mungkin ada satu2 kejadian itu
terjadi tanpa izin ar-rahmaan.
dan pastinya setiap itu diizinkan untuk saya mengambil hikmah darinya.
tidak ada sebal dalam hati.
tidak ada dendam, apa lagi benci.
tidak ada sebal dalam hati.
tidak ada dendam, apa lagi benci.
saya manusia biasa, penuh cela, penuh dosa. apa2 dari saya, tapislah ambil yang elok dan tangguklah buang yang buruk.
semoga kita semua di dalam kasih sayang ilahi.
selamat berjumpa lagi andai ada izin yang maha kaya.
sehari seinci.
pelan2 pada rabbul ‘izzati.
harap2 tidaklah berbolak-balik hati ini bila mana sudah kembali nanti2.
andai sudi dibacakan doa ini untuk perjalanan kami, InsyaAllah, besarlah hati kami menerimanya. syukran jaziilan.
istaudi’ukallahu diinaka
wa amaanataka
wa khawaatiima ‘amalika.
wa amaanataka
wa khawaatiima ‘amalika.
zawwadakallaah hut-taqwa
wa ghafarallaahu zambaka
wa yassara lakal khaira
haithumaa kunta.
wa ghafarallaahu zambaka
wa yassara lakal khaira
haithumaa kunta.
aku serahkan kalian kepada allah semoga dipelihara agamamu
dan diperjaga amanahmu
–ahli keluarga dan harta benda.
dan diperjaga amanahmu
–ahli keluarga dan harta benda.
dan juga tercapai kesudahan yang baik bagi amalan2mu.
semoga allah membekalkan kamu taqwa
dan mengampunkan dosa2mu
memudahkan untukmu kebaikan di mana saja kamu berada.”
dan mengampunkan dosa2mu
memudahkan untukmu kebaikan di mana saja kamu berada.”
Kepada Fynn Jamal, selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga anda sekeluarga dirahmati.
0 Response to "[LULUH HATI!!!] Kapseyn Fynn Jamal yang menyentuh hati"
Post a Comment