"Saya diperangkap kali kedua"- Putri Mardiana
Ini berhubung kes khalwat artis Putri Mardiana baru-baru ini. Lawak dan tergelak bila membaca statement beliau. Takkan la diperangkap kali kedua seperti tangkapan pertama?Bekas Isteri Kekasih yang Memerangkap
Putri Mardiana mendakwa bekas isteri kekasihnya merancang untuk merangkap beliau. Untuk rekod, Putri Maridiana ditangkap di USJ1, Subang Jaya.Namun Putri Mardiana ada penjelasannya sendiri :-
"Macam mana kali pertama saya terkena, macam itu jugalah yang berlaku
kali kedua ini. Yang berlaku baru-baru ini adalah satu perangkap yang
telah dirancang oleh orang yang sama iaitu bekas isteri Ejump sendiri.
Ramai yang bijak di luar sana boleh fikir. Takkanlah saya nak buat benda
macam itu.
Kalau mula-mula dulu, orang letak kesalahan pada saya, sekarang ini
bila jadi kali kedua, ramai yang sudah berfikir, ‘eh’…. ini macam ada
yang tak kena saja. Bukan saya nak cipta alasan tetapi memang saya
diperangkap. Takkanlah saya bodoh dan nak sangat ditangkap khalwat."
Perghh...boleh diterima akal ke penjelasan Putri Mardiana ni? Kami cuma ingin bertanya, In the first place, kenapa kena duduk berdua-duaan eh?
0 Response to ""Saya diperangkap kali kedua"- Putri Mardiana"
Post a Comment